Assalamualaikum..
Pernah dengar tak orang cakap-cakap...
bila kita dah habis blajar, "Ui cik kak, bila nak setat keje? Blaja tinggi-tinggi takkan nak peram sijil dalam gobok?"
...dan bila tak kahwin lagi, "Ui, cik kak, bila nak kawen? nak kata takde rupa, boleh tahan, takde orang nak ke?"
...dan bila dah kawin, "Ui, cik kak, bila nak beranak? tak payahlah rancang-rancang.."
...dan bila dah beranak, "Ui, cik kak, takkan nak anak sorang je? bila nak tambah lagi? dapat pahala tau tambah umat nabi.."
***sereyesly???***
Tak lama dulu, yakni selepas kahwin Bonda lah salah seorang yang setiap kali ingatkan aku, "jangan dok rancang-rancang anak pertama".. pastu bila aku dah mengandung, barulah Bonda me-literal-kan isi hatinya, "Alhamdulillah, anak Bonda takde masalah.."..
Aku gelak-gelak.. ini lucu ok.
Tak berapa lama aritu, Madam pulak bercerita dengan aku. Lega katanya bila semua anaknya dapat mengandung dan melahirkan, "Alhamdulillah, takde masalah dengan anak kita.."..
Reaksi aku..... konflik diri plak bila nak gelak. Second time dengar ni rasa lain macam lak. Meremang-remang macam ada entity lalu kat belakang.. errr....
[dot] [dot] [dot]
Eh, dah kenapa yer sebenarnya dengan orang kita? Tak pernah di dengar ke jodoh ketentuan, semuanya di tangan Tuhan. Yang kita manusia ni mampu merancang, tapi dia yang jadikan sesuatu. Yang molek, yang sakit, yang wangi, yang busuk... semua kan rahsianya?
Yang kurik itu kundi,
yang merah itu saga,
yang baik itu budi,
yang indah itu bahasa.
No comments:
Post a Comment