##ehemm... entri di bawah ini adalah entri aku lebih kurang dua bulan lepas. so, konon2nyer entri ini backdated lah yerr... yours truly ni baru reti tekan publish. hahahaa!
Dan yang terpaling poyo-nyerr... tajuk tu tak bleh blah oke!
Kalau korang yang membaca rasa pening dengan entri ini, ketahuilah bahawa aku lagi pening daripada korang. Dahlah, panjang pulak aku merepek ni. Salam semua :)
*************************************************************************************
 |
Masjid Kepong ~ 8/3/2013 |
Alhamdulillah..
Minggu ni banyak betul dugaan..tapi lagi banyak dugaan, lagi banyaklah kita berdoa. Sikit sebanyak, ringan beban kat bahu. Tuhan tu Maha Adil, dia bagi aku dugaan macam ini, tapi dia ringankan beban aku yang itu.
Syukur sangat-sangat, Rabu lepas berakhirnya kisah cinta antara aku dengan fail-fail hijau yang bermula dengan abjad 'D' itu. Aku rasa bahu aku ringan..literally ok! Sampai begitu sekali kann.. betapa fail D tu dah menjadi darah dan daging aku sejak kali pertama aku jejakkan kaki di kilang kertas nih. Mula-mula luka, pastu bernanah, kemudian busuk.. last-last sekali kena potong. Diabetis tahap angker! habis cerita.. :p
Pengajaran untuk aku, dan semua yang terlibat.
p/s: give no excuses.it's either you do it, or you don't.