Wednesday, March 6, 2013

When he open his mouth..

8.30 a.m., 27/2/2013 ~ Jinjang
Selalunya Encik T tak banyak berbicara. Terutamanya kepada Miss Blurry. Tapi suatu petang yang biasa-biasa aja, Encik T mula membuka pintu perbualan.

"I have a friend, she's a married lady and have one child. Only, the husband she have is just like a friend. It's like two people living together but no feeling is involved. One day she met his ex, and since then they have an affair. To get the only thing that she didn't get from the husband...sex. How do you think about it? Does it makes the woman bad?"

Hmm... Miss Blurry tarik nafas panjang. Kenyataannya, perkara ini berlaku di mana-mana dan pada sesiapa pun, tanpa mengira jantina, bangsa, keturunan etc..

Tapi, itu bukan persoalannya. Pada aku, setiap manusia punya pilihan. Kita bukan ayam yang makan bila ditabur bijirin, dan cukup masa disembelih untuk menjadi lauk. Bukan. Kita manusia. Punya pilihan.

Sadly, tak semua orang tahu untuk membuat pilihan. Ataupun, berani untuk membuat pilihan. Kerana setiap pilihan datang bersama kesan..consequences. Tapi sekurang-kurangnya, mereka yang membuat pilihan ini adalah lebih baik dari mereka yang menyerah dan akhirnya kalah pada takdir. Kesudahannya, mereka tak perlu menyalahkan diri mereka atas apa yang terjadi.

Jadinya, salah siapa? Tuhan barangkali?

Memanglah, berkata-kata lebih mudah daripada merasainya sendiri. 

Oh ya, mudah juga kalau duduk, menyerah dan mencampakkan bebanan kesalahan itu pada orang mahupun benda lain...daripada jatuh dan sakit semata-mata kerana mencuba untuk mengubah keadaan. Tak gitu? 

Kalaulah setiap manusia berfikir begitu.

Jangan jadi manusia. 

Manusia dikurniakan akal, hati dan perasaan. Pilihan sentiasa ada.

Miss Blurry tarik nafas panjang-panjang.

"Your friend actually has a choice. Divorce her husband, and do whatever she wants to do with her ex. Why commit adultery, make it legal in some way or another. Or finish her affair and start to work on the marriage. But if  she falls in the middle of any of the journey, don't be sad. Take it as part of the journey. Your friend is not a bad women. She is just a women who can't decide wisely. She has a choice, but she didn't take the chance.

Encik T mendengar...lalu menyelah.

"Oohh..  luckily i'm not married. Saves all the trouble."

.... .... .... (krik krik)   

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...