![]() |
Iffah ~ Zoo Negara 8/12/12 |
Salam semua..
Hidup yours truly ni bukanlah hebat mana pun.. tapi insyaAllah yours truly nk titipkan buat ingatan dan pedoman, kalau bukan untuk orang lain untuk diri sendiri.
Kalau pada hari lahirku di 2011, aku decide untuk kembali berhijab, tahun 2012 aku mulakan dengan azam untuk mengekalkan hijab di kepala. Well, memanglah masih tak sempurna masih terselak sini dan sana, tapi alhamdulillah kesedaran tu makin tinggi dari hari ke hari.
Alhamdulillah, 2012 menyaksikan aku menawan puncak dua buah gunung yang sangat meruntun jiwa dan raga aku, Gunung Kinabalu, Sabah dan Gunung Rinjani, Lombok dan beberapa gunung-gunung sampingan. Kalau nak tahu cerita-cerita best nih (mode perasan), sila bukak balik page2 yang lama. Jangan malas. :p
First time in my life aku berbackpack ke luar negara, in 2012. Backpack via overland to Thailand, Krabi and to Songkhla. Kedua-dua journey aku ditemani dengan sahabat-sahabat yang aku sayang, mengajar aku setiap manusia berhak untuk bergumbira, even manusia tu sedang bergundah gulana. eh?
For the first time jugak aku drive dari Kuala Lumpur ke Kota Singa (Singapura).. yeayy, si kecik-kecik-cili-padi Imago aku berjaya membuktikan yang kereta kecik juga berjaya menyusuri jalanraya di kota sibuk itu, sambil ditemani bonda yang aku sayang dan cinta sepenuh hati.
Career wise, aku dicabar menjadi naib presiden Sports Committee Club di pejabat. Alhamdulillah, selesai satu penggal aku berkhidmat dan highlight-nya adalah a very memorable trip to Pulau Tioman, Pahang. lagi di tahun 2013?? takpelah, terima kasih sajelahh.. :p
2012 juga menyaksikan aku membuat life-turning decision..in which hidup aku akan berubah 360'. Keputusan ini telah menguji aku secara emosi dan jasmani. wahh gitu! tapi, yang paling penting di masa-masa gawat yang ini, aku makin celik erti kasih-sayang sesama keluarga dan betapa besarnya kasih-sayang sahabatku pada aku.. aceceyy...
Dan, accomplishment yang paling aku tak sangka adalah di penutup 2012 aku telah mengepala satu grup besar seramai 23 orang pendaki mendaki Gunung Nuang via Janda Baik.. alhamdulillah syukur sangat-sangat semuanya selamat (even ada lari trek kejap..err..). almaklumlah, aku ni tersangatlah beginner. mudah pancit pulak tuh. huhu.. yelah, nanti aku up entri baru cerita semua. insyaAllah.
SO, MOVING ON TO 2013... what do i expect??
- career boost;
- Mekah;
- Gunung Batu Puteh (last year tak sampai separuh jalan, this year MESTI sempurnakan misi!);
- Mulu Pinnacles, Sarawak;
- Cambodia overland.
hmm... dan yang paling penting aku mahukan 2013 ini lebih bermakna buat aku dan keluarga, insyaAllah. :)
~Signing off ~
may i join the club dear??? hati mula berputik untuk yg ini... ajari aku untuk berhiking pula...
ReplyDeleteInsyaAllah dinda wani.. ada program nnti kanda invite yea.. :)
ReplyDelete