Monday, July 9, 2012

#24) Trans Yam Tuan Antah 24.3.2012

Salam..

Ini adalah pertama kali aku ikut trip untuk trans. First thing on my mind... "eh, berapa banyak makanan nak bawak nih?".. gulp..

Untuk yang tak tahu (yg menulis ni pun bukannya pandai sgt pun), TRANS tu macam naik beberapa gunung/bukit secara bersambungan. Dan untuk Trans Yam Tuan Antah ini, kami perlu naik dari Gunung Datok ke Gunung Rembau ke Gunung Gagak. Fuhh....

Kali ini, penganjurnya adalah En Faizal Samat.. dan my hiking buddy is Cik Tree (as always)..

Lebih kurang 9.30 a.m, kami pun memulakan perjalanan dengan senyuman. :)

Lebih kurang pukul 11.40 a.m sampai di puncak Gunung Datok. Eh?? Asal lambat sangat nih? Ini adalah petanda dah ketiadaan stamina. Terima kasih. 

Lebih kurang pukul 12.50 p.m. sampai di persimpangan yang memisahkan antara Puncak ke Rembau dan Puncak ke Gagak. Hanya ada penanda jalan yang ringkas.

Simpang Tiga
Jadinya kami memilih untuk Ke Gunung Rembau sebagai destinasi pertama.  Tiba di sana lebih kurang pukul 1.15pm.


Lalu berpatah balik dan menuju ke Gunung Gagak. Lepak dan makan-makan. Lebih kurang pukul 2.00pm baru bergerak pulang menuju ke Gunung Datuk kembali.



MasyaAllah...pacat-pacat berpusu-pusu datang mengendurikan kami. Nampak sangat laluan ini sangat jarang dilalui manusia. Dalam sibuk-sibuk belek kaki-tangan-badan ada pacat ke idok, terdengarlah soksek-soksek taiko hikers dalam grup kami.

Katanya laluan Yam Tuan Antah ini adalah laluan Sultan-sultan dan pembesar dulu yang mengelak daripada ditangkap British/Jepun dulu. Laluan yang sama dilalui bagi menentukan sempadan Negeri Sembilan dengan Melaka.

Eh, maknanya ada grup lain yg datang sebulan awal dari kami.. patotla pacat2 itu lapar, dah sebulan tak jamu darah manusia.. :0

~the grup~
Dalam pukul 3.30pm kami sampai di Gunung Datuk kembali. Sempatlah tido kejap. Sedar-sedar, dah kena tinggal dengan geng-geng yang lain.. huhu, buruk perangai betul aku ngn Cik Tree. Mesti nak tido jugak kat puncak Datuk.

Bersama go-go

Brani ko cari pasai??!!
Kami mula mendaki turun kira-kira pukul 4.15pm dan sampai di starting point dalam pukul 5.00pm.

Actually, tak banyak yang aku dapat share untuk trip TRANS ni.. mungkin sebab aku ngan Cik Tree join grup yang besar, jadinya tak rasa belonging kat situ. Sepanjang perjalanan asyik ingatkan GREEN-ies yang hidup segan mati tak mahu.. (termenung lagik)

Eh oklah. Nantikan entri yang seterusnya.

Salam. :)

p/s: ... 

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...