So, there we go.. ten of us gathered in Bali Ngurah Rai International Airport or better known as Denpasar Airport, Bali.
Farah (go-go), Pore, Pitt, Lyxa, Dina, Syafique, Myra, Intan, Cik Ya and Aku. (oh yes, Pitt finally berjaya renew his Passport eventually just in time..fuhh!!)
Bermulalah perjalanan kami.. Dari Denpasar Airport, Bali ke Padangbai menaiki MPV (250Rupiah/5org).. MasyaAllah, boleh tahan jugak "macet" di sekitar bandaraya.. naik crammed lah kaki bersempit-sempit lama2..
Kemudian, kami sampai ke Padangbai.. di mana kami meneruskan perjalanan menaiki feri untuk ke Lombok. (time ni
AirAsia tak tawarkan flight direct to Lombok lagi..sekarang kalao anda-anda sekalian berhajat, mudah aja aturkan flight terus ke sana dan jimat masa perjalanan lagi.. tapi, tak salah jugak kalau nak merasa naik feri ke Lombok, tak gitu?)
 |
Mengumpul beg sambil menanti go-go membeli tiket |
 |
@ Padangbai 11.04pm on 28.4.12 |
Menunggu tak berapa lama, kami terus settle down naik feri kira-kira pukul 11.30pm. Feri bergerak meninggalkan jeti Padangbai dalam pukul 12.00am cenggitu. First time bermalam naik feri, agak tak tahu apa nak buat. Buka sweater, tido.
 |
Kondisi sekitar sebelum tidur, di atas feri.. dah bangun, tengok org tidur bergelimpangan kat lantai..tapi lupa ambil foto.. ;p |
 |
Nota pendek (tapi penuh makna) yang aku simpan sampai la ke Malaysia.. |
 |
@ Lombok jetty around 4.30am o 29.4.12 |
29.4.2012 : LOMBOK
Morning come. Hello Lombok!! Selepas lebih kurang 4jam dilambung ombak (sumpah aku tak sedar pape, tidur dengan lena.. cuma saket2 bdn je lepas bangun!) sampai jugak kami.
Dalam masa kami terkial-kial galas beg besar, terus-terusan ada van menunggu kami. Alhamdulillah, tak perlu menunggu. sangat cekap! Sambung tidur dalam van. ZzzZZzzz
Celik-celik mata, aku melihat pemandangan yang sangat mengujakan.. orang ramai berlari?? ada pertandingan marathon ke apa ni? tercari-cari pulak aku banner tulis "start" or "finish".. takda pulak. Owh, rupanya inilah aktiviti setiap pagi di hujung minggu orang di daerah ini.. berjogging.. pergh.. salute sih! Daripada yang kecil, sampailah ke tok dan nenek.. ada tu siap pakai kain labuh dan bertudung lengkap segala. MasyaAllah.. kalaulah orang 1Malaysia mengamalkan gaya hidup begini, memang senang la kerja doktor2 kat hospital tuh.. :)
Terlampau kagum, sampai lupa ambil gambar... :(
Sesudah melalui kawasan pekan, van mula menyusup ke kawasan pergunungan.. seiiring dengan rasa sejuk yang mula membaluti kulit, bibir aku tak kering memuji kecantikan alam milik Tuhan. Ok, mungkin agak poyo.. tapi buat aku yang jarang keluar Malaysia ni, aku memang cepat aja kagum kat sesuatu benda. Inikan pulak alam semulajadi yang aku cinta sangat-sangat nih. Even the smallest tree can make me excited.
 |
A good way to say GOOD MORNING |
 |
with the line-ups :) |
Akhirnya, kami sampai ke destinasi. Syukur Alhamdulillah.
 |
Safely arrive at 7.45am Lembah Rinjani |
 |
MASH AKTIFFF????!!! |
Tak lekang senyuman di bibir. Setelah diberi penerangan ringkas, kami bergegas untuk re-pack perkakasan untuk digalas. Cik Ya, being herself, insisting that both me and her to get one person to carry our bag, and i couldn't agree more on that. But me being myself, insisting that we both carry our own small bag-pack loaded with drinks, snacks, med-kit, raincover, and more snacks. Eventually, both of us finally sat on the same page (after a few 'discussion' of course :p)
 |
Kami melalui trek Sembalun |
 |
Persiapan terakhir |
Dengan lafaz Bismillah, kamipun memulakan perjalanan bersejarah ini. Jam waktu itu menunjukkan pukul 9.40am. Masing-masing berbekalkan wajah ceria, mula merentasi kebun bawang, padi huma, milik orang tempatan.
 |
Musim menuai |
 |
batas-batas bawang |
 |
senyum dengan girangnya! |
 |
Broga version Rinjani |
 |
Broga lagi?? |
 |
Rehat sekejap.. panas sgt! |
 |
@Taman Nasional Gunung Rinjani |
 |
Empat ekor kura-kura?? |
 |
Encik Porter |
 |
Kesimpulannya, never ending Broga in Rinjani.. ;P |
Sebenarnya, kami perlu trekking lebih kurang 4-5jam kawasan Savannah. Lebih kurang Broga jugak. Tapi (sangat) seluas mata memandang! Sebelum pergi, ada jugak nasihat yang aku terima supaya memakai but or kasut keras sebab dikhuatiri banyak ular di kawasan ini. Syukur Alhamdulillah, tak pulak kami terjumpa ular-ular tersebut.
 |
Lalang |
 |
Bekas laluan lava |
 |
Berehat bersama Kit Kat |
Time ni kumpulan kami dahpun berpecah kepada dua kumpulan. Heavy-duty and Light-duty. Cik Ya ckp, waktu ni aku annoying sangat.. kejap-kejap "waaa...cantiknya!!", "waa kagumnya aku!!", "waa, kena amik gamba nih!".. hahahahaa!! Whateva! ;P
 |
Lembu-lembu yang jinak.. (jinakk??!!) |
 |
Tangkap sekor ada org perasan tak? |
 |
AWAS |
 |
Eh?? Penat dah? |
 |
Barefoot! Cayalah Encik Porter!! |
Kami kemudiannya berhenti untuk lunch di
Pos II Tengengfan. Barulah aku tahu, porter kat sini bukan sahaja membawa bebanan beg kami, diorang jugak akan memasak dan menghidang untuk para pendaki. Perghh, such a first class treatment during hiking. Mana nak dapat kat Malaysia??
 |
Lunch time!! |
 |
dari jauh |
 |
Kerupuk |
 |
Memasak |
 |
Layan milo panas.. sejuk sebab hujan turun rintik-rintik.. |
 |
Muka menanti makan.. happy face?? |
Usai lunch dan solat, dalam pukul 2.30pm kami mula bergerak semula. Lagi Broga??
Hujan renyai-renyai melambatkan perjalanan. terutama buat grup heavy duty (Farah, Pore, Pitt, Mira). Aku yang risaukan perjalanan malam terus aja push Cik Ya untuk jalan tanpa henti. perlahan-lahan pun takpelah.. (ntah dari mana aku dapat energi aku pun tak tahu.. sikit tak rasa penat..pelik! mungkin excited terlebih nih..)
Sudahnya, grup light-duty kami pun berpecah lagi kepada dua grup kecil (aku n cik Ya..later Capik join us) and (Dina with Lyxa).. tapi jarak kami tak jauh la, sikit sebanyak masih nampak bayang satu sama lain.
 |
Rehat lagi @ 3.40pm |
 |
Plawangan Sembalun |
 |
Kabus meliputi perjalanan kami.. sejookkk!! |
 |
Tak nampak orang belakang dah. kabus tebal sangat |
 |
Hujan reda, angin membelah awan.. dah masuk Asar |
 |
Subhanallah.. cantik sungguh bumi ciptaan Tuhan |
 |
Meniti ufuk jingga |
 |
Puncak Rinjani dari tempat kami berdiri |
 |
Cik Ya |
Okeh. lets face it. masa yang paling aku risau. dah Maghrib. tak nampak lagi bayang campsite. Hanya aku dan Cik Ya. Perasaan kami mula bercampur baur. Benda yang takda pape pun kami rasa macam ada pape. So, kami berehat sebentar sambil menikmati panorama sunset dan menunggu Manghrib melepasi kami sebelum kami memulakan perjalanan meredah kepekatan malam.
kalau korang perasan, ada bunyi-bunyi jerit-jerit kat background video nih.. ketahuilah, bunyi-bunyi ni tiba-tiba aja muncul di kala-maghrib. Bunyi macam burung hering. Serius meremang, tapi buat taktau aje. Kate berdua aja..
Bila matahari dah beransur hilang, Capik pun berjaya menuruti kami. Ok, dah hilang takut sikit, sebab dah ramai sikit (padahal tambah sorang je punn)..
Masa ni, Cik Ya makin kepenatan. Aku kesian tengok, air mata dia macam ditahan-tahan aja. Tapi, aku pun risau nak berlama-lama berehat..takut tak kesampaian pulak campsite-nya. Boleh tahan jugakla kami bertegang urat. hahahaa.. i miss this moment.
 |
Muka masam Cik Ya dah tak boleh sembunyi, si Capik pulak jadi pendengar setia kami bertelagah dua orang |
Akhirnya, setelah berhempas dan berpulas, kami sampai di campsite kira-kira pukul 8.30pm. Tak payah cerita la pasal gelap, sejuk.. Sebelum sampai tu, dapat pulak panggilan dari Malaysia. Macam tau-tau aja yang kawan ni hampir nak give-up. Tengss Cik Tree, Cik Mee and Isk yang sentiasa doakan kami berdua.
 |
Teh panas satu!! |
 |
Menahan kesejukan sambil menanti grup Heavy-duty. |
 |
Kongsi haba |
Sesudah settle-in, kami menanti punya menanti.. grup heavy-duty sampai kira-kira pukul 11.00pm (anggaran). Rupanya, Intan menghidapi asthma, dan ubat-ubatannya pulak kat adiknya si Capik yang
sprint sama aku n Cik Ya. Ok.. rasa bersalah. Maaf ya kawan-kawan.
After dinner, kami masing masing melelapkan mata dengan harapan untuk bangun seawal yang mampu untuk meneruskan perjalanan ke Puncak Rinjani. Good nite uollss..
..to be continue..