Friday, March 16, 2012

#22) Pulau Songsong, Yan, Kedah, 3-4 Feb, 2012

Salam, kali ni mahu share foto waktu aku dan rakan-rakan berjimba di Pulau Songsong.. Pulau Songsong? (dengan nada tinggi) mesti tertanya-tanya kat mana kan. Actually, aku pun tak lah expect tinggi2 sgt kat Pulau yang tak ketahuan nih.. tapi atas permintaan Kak D, aku dan rakan2 yang lain (Isk, In) pun follow saje Cik Tree n Kak D balik ke kampung mereka di Yan Kedah.

Perghh..sungguh tak sangka, kat Yan, Kedah pun ada tempat bercuti! Bak kata Isk, "percutian di Yan".
Jeti Kampung Nelayan
Pagi-pagi tu kami menjengah ke Jeti Kg Nelayan untuk mencari Nasi Lemak. Terbaekkk lah! Sodap dan murah. First time beli n makan nasi lemak dengan sambal ikan selar. Option lain, telur dadar, sambal sardin, dan sambal bilis.
Tambak di muara
Lepas layan sunrise yang tak berapa rise kat Jeti, kami pun pulang dan start packing. Sempat beli ikan termenung yg fresh-fresh (baru naik dari laut) kat pasar nak bakar.
In n Isk
Sebaik aja bot sampai, oh ya kami naik bot nelayan untuk ke sana (first time nih!!~jakun) yang mana bot nelayan tersebut bolehlah disewa dengan harga RM200 pergi balik.
Bot ni cantik dan bersih!

Damai aja mata~

mencapurb
Panas boleh tahan jugak la. Tulah sebabnya nelayan kulit mereka agak gelap, sebab kadang-kadang berminggu-minggu di lautan, panas terik membakar kulit.. aduhai, terharu sangat dengan jasa-jasa para nelayan. Tanpa mereka-mereka nih, tak dapatla makan ikan yang sedap-sedap tu!

bertenggek
Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. Air laut warna hijo.. terpegun sat. sereyes, tak expect kecantikan camnih!

Pulau Songsong

Buruh Paksa Rela
Aku terpegun, kagum melihat kejernihan air laut tersebut. Rupanya, Pulau ni adalah pulau yang tak berpenghuni milik kerajaan. So, memang jarang orang datang melainkan kaki-kaki pancing. Jadinya, pantai ini masih kekal cantik dan terpelihara.

Ada jugak banglo lama kat sini, tapi katanya, dulu ia adalah bekas markas tentera.
Pwencess Pairah 
So, inilah lunch kami!! TerbaEKKK!!! Ikan fresh, letak kunyit pun sampai menjilat jari. Aku makan tak kurang 5 ekor (rasanya lebih kepada 10 ekor jugak laa..hihi).. sadapp sangatt, lagi sadapp bila dicicah dengan air asam! perghhh... rasa cam nak menetap terus kat Yan lah!



Pulau ini dikelilingi oleh batu kawi.. oh, ni la pertama kali seumur hidup melihat batu ni. Batunya macam kapur, boleh dibuat tulis-tulis.
Batu Kawi


Dek kerana airnya yang telus dan transparent, ikan berenang pun boleh nampak. nah, tak perlu pergi sampai ke Perhentian kan.. (ceh, exaggerate la pulak.. ;P)
Persediaan untuk melompat dalam air
Air di sini tenang. macam mandi kat swimming pool, sebab struktur pantainya yang mendatar (laguna). berenang dengan senang hati, sampai tak perasan tak pakai sunblock atau apa2 protection. balik, masing2 macam asal dari India. kihkihkihh...
Lagoon

Air masin yang tak tercemar...byak gila gamat!

Air surut.. semua batu kawi timbul.

memancing... ikan akuarium
Kami spend seharian di sini. Pulang lebih kurang pukul 8 malam. Oh ya, bot tadi sesudah hantar kami, terus aja meninggalkan kami di pulau. Datang kembali bila air pasang, yakni malam lah..

Memang terbaekk lah!

p/s: kalau sesiapa berminat untuk pergi, bolehlah kontek Kak D eh. tak rugi... :)

Saturday, March 3, 2012

#21) Bermalam di Nuang, 7-8 Jan 2012

Salam...

Sebenarnya, perkara ini termasuk dalam list benda yang aku tak mahu ulangi pada awalnya.. tapi, tak tahulah kenapa macam ada panggilan rindu sayup-sayup dari NUANG (misteri nih!). Sudahnya, aku putuskan untuk mem-follow Cik Tree dan Joshy bermalam di Nuang. Walaupun hanya di Kem Lolo.


Paling mencabar pada aku ialah the fact that we started our journey around 2.45 a.m., bearing in mind with the 'history and my-story' of Nuang I, myself also impress with our sudden plan that Friday evenning.

Mujur tak ada benda-benda yang pelik dan ajaib yang menemui kami. Perjalanan selamat pergi, selamat kembali. sesekali terasa roma menegak, adalah perkara biasa. cepat-cepat hilangkan kekusutan dalam minda dengan keyakinan di atas perlindungan-Nya.


Kami sampai di tapak khemah waktu tu dah hampir subuh. Sereyes, nite-hike adalah jauh berbeza dengan day-hike. masa yang diambil adalah berganda-ganda. tu tak masuk lagi kena tempuh kabus, embun pagi lagi tuh. mencabar minda dan kudrat sungguh! (FYI, ni lah kali pertama aku ber nite-hike cenggini..)


Usai subuh, aku pun melelapkan mata. jaga, matahari dah naik hampir pukul 12 tgh hari. yang seronoknya tidur dalam hutan, ada perasaan nyaman dan segar bila bangun pagi. terus aku gegar cik Tree dan Joshy bangun pagi.

Aktiviti seterusnya, makan...makan...makan...tido...makan..makan... hehe! HEAVEN! sebab tak perlu fikirkan apa-apa masalah sekalipun.
 


Kami spend dua malam di hutan. seronok. :)
Bubur Cha..

Ayam rempah versi Cha..
tema kami: BACK TO NATURE.. cuba tengok pic kat bawah, happy face!! hehe..
one happy family :)

Thursday, March 1, 2012

#20) Gunung Bunga Buah, 4 Disember 2011

Salam... ini ada lagi satu entri yang aku peram since last year lagi.. jangan mare.. trip ke Gunung Bunga Buah. Line up terdiri daripada aku, Cik Ya, Cik Tree, Cik Mee, Abg Man, In dan En Guide (Sharif). Sebenarnya, trip ini dibuat untuk membalas dendam mengikuti langkah GREEN-ers yang lain yang telah pergi ke tempat yang sama minggu sebelumnya. :p

Line-up
Buat pengetahuan kamu yang membaca, Gunung Bunga Buah ini terletak di Genting Highland/Gohtoh Jaya. Secara rasionalnya, cuaca agak sejuk. Namun, Alhamdulillah cuaca hari tu cerah dan ceria. sedap-sedap aja. Kami mulakan perjalanan dengan merentasi kebun sayur-sayuran di pinggiran/kaki gunung. pemandangan yang sangat best.

Sesudah itu, terus trek pacak 70'..hahhahaaa..amik kau. mujur trek pacak tu dalam lebih kurang 15-20 minit aja. terkejut makk..  Kalau korang jumpa sign cam kat bawah ni, maknanya, trek pacak dah habis (buat masa ini)..

Kemudian, akan terjumpa laluan jalan tar lama. dahulunya, laluan ini digunakan oleh lori/trak untuk ke lombong kuari. Jalan tar ni mengambil masa lebih kurang sejam jugaklaa.. aku pun tak berapa ingat dah.


Sepanjang perjalanan, korang dapat lihat banyak sgt sarang si labah-labah. Kata pemandu arah kami, en. Sharif, Gunung Bunga Buah ni memang syurga untuk peminat si labah-labah. Banyak spesis yang ada. Aku taklah berminat nak dengar cerita tu sgt. Tapi, aku sangat tertarik dengan pemandangan sarang labah-labah yang dipenuhi titisan embun pagi. Subhanallah, sangat cantik. dan bukan sikit tau...banyakk!


Kuari..

Koleksi Flora
gunung di belakang itulah Gunung Bunga Buah
Kata en. Sharif lagi, kami berjalan memusing gunung. Macam tak percaya aja jauhnya, tapi sungguh-sungguh benar. :)

Tamat jalan tar, akan nampak tanda seperti gambar di atas. bermulalah pendakian Gunung Bunga Buah. Sebenarnya, dahulunya laluan agak mengelirukan. Ramai yang telah sesat untuk ke sini. Tapi, alhamdulillah, sekarang laluan makin jelas. Mungkin sebab kewujudan Gunung ni yang dekat dgn KL, menjadi feveret hiking destination.


streching sekali lagi sebelum mendaki..

Gonggok yang SIHAT


Menurut seorang sahabat cina aku, azimat-azimat yang tergantung dan berwarna warni ni adalah azimat untuk roh-roh yang telah mati di sana. Tiba-tiba meremang bulu roma. Sebab tempat macam ni selalu menjadi tempat pemujaan jugak.

inilah pemandangan yang aku tunggu..360' view  :)

ala-ala tabur ~ crystal rock garden

Sampai...peak!
Syukur sangat-sangat cuaca menyebelahi kami. terasa perjalanan dipermudahkan.

en. Sharif dan ular!
Kami selamat sampai ke bawah dalam pukul 4ptg. Kami turun melalui jalan jauh, merentasi gate besar. sebaik aja kami siap tukar baju semua, barulah hujan turun selebat-lebatnya.. alhamdulillah kami dah selamat sampai. :)

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...