ini lagi satu ekspedisi
main redah aja.. hehe.. sebabnya dengan tanpa segan-segan, aku dan cik Tree melambai-lambaikan tangan (ini adalah analogi semata-mata :p) ke arah geng
TREKKERZ dan mem-follow mereka-mereka yang telahpun lama merancang untuk ke Strata Waterfall.
oleh kerana kegamble-an kami, kami abaikan aja warning encik pengawal entrance dihadapan yg mengatakan tempat ini didiami Pak Belang. Kami terjah juga dengan harapan, dapat menemui grup Trekkerz terbabit.
Alhamdulillah, lambaian disambut. maka, tersengih-sengihlah kami macam kambing busuk mengikut grup mereka ni meredah hutan kelapa sawit dan meranduk air sungai dan, tempat ini sangat kaya dengan pacat-pacat yang kelaparan.. :D
Perjalanan dimulakan dgn bacaan doa oleh
Judin Trekkerz..dan kamipun bergerak menuju ke arah air terjun yg dicari-cari.
 |
hutan kelapa sawit..kalau ada 4x4 boleh jimat 1jam perjalanan katanya.. |
 |
ada dua titi kayu yang perlu dilalui sebelum nampak satu batu besar utk jln short-cut..hehe |
 |
air yg bersih |
jalan 'pergi' adalah lebih mengelirukan daripada jalan 'balik'.
 |
terjah kak, jgn tak terjah! :) |
 |
tempat lapang ni rasanya port lori2 yang angkut buah kelapa sawit lepak |
 |
(foto ihsan Azua Trekkerz) |
kami berhenti di papan tanda yg menunjukkan "Hutan Simpan Kekal Behrang"..dan bermulalah river trekking :)
 |
grup foto!! |
 |
agak mencabar..air deras, batu licin!!! |
 |
tapi air yg superb! :) |
 |
dua org yg jugak superb!! :p |
 |
air terjun yg superb-duperb!! |
 |
rakan-rakan lain yg boleh tahan jugak superb! :) |
 |
manusia paling macho! |
 |
ni tak nampak besar sgt.. tengok pic seterusnya... |
 |
betapa kecilnya kitorang... (Foto ikhsan Judin Trekkerz) |
 |
operasi makan-makan sambil cari pacat |
 |
bukti pacat |
 |
grup foto again (Foto ihsan Judin Trekkerz) |
 |
kesejukan (Foto ihsan Judin Trekkerz) |
lama jugaklah kami berehat-rehat dan memandikan diri..sangat puas tengok air terjun secantik Strata Waterfall.
rupanya, sekembalinya aku daripada tanah Behrang, dan semantelah aku buat kajian..Strata Waterfall merupakan salah satu daripada air terjun yg agak sukar aksesnya. no wonder kami trekking pergi saja hampir 3jam. tapi syukur balik jumpa short-cut dan berjaya memendekkan jarak selama sejam setengah. =)
pengalaman yg cukup berharga..disamping dapat berkenalan dgn rakan outdoor yang baru!!
p/s: OVERALL sangat suka! cuma geram jadi mangsa gigitan pacat yg SANGAT banyak, dan batu-batuan yg licin lagi gayat.sekian.
*mahu ulang lagi kalau berkesempatan
awak.. mana awak jumpa jalan nak ke tempat ni? sy dgn group sy rase nak pegi gak satu hari nanti.. ^_^
ReplyDeletetempatnya berdekatan dgn Proton City, Tanjung Malim.. Kalau nak pergi nanti, roger2 la saya, memang ada hajat nak ripit nih.. ;)
DeleteSalam . Nk tanye sikit pasal tempat nie . 017-3002362
DeleteSalam . Nk tanye sikit pasal tempat nie . 017-3002362
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletenice sharing ...tq
ReplyDelete