Monday, November 14, 2011

kini ku tahu

yang aku adalah manusia yang boleh nangis jika kene spam atau virus.

sekian.

Friday, November 11, 2011

#17) Strata Waterfall, 16th October 2011

ini lagi satu ekspedisi main redah aja.. hehe.. sebabnya dengan tanpa segan-segan, aku dan cik Tree melambai-lambaikan tangan (ini adalah analogi semata-mata :p) ke arah geng TREKKERZ dan mem-follow mereka-mereka yang telahpun lama merancang untuk ke Strata Waterfall.

oleh kerana kegamble-an kami, kami abaikan aja warning encik pengawal entrance dihadapan yg mengatakan tempat ini didiami Pak Belang. Kami terjah juga dengan harapan, dapat menemui grup Trekkerz terbabit.
Alhamdulillah, lambaian disambut. maka, tersengih-sengihlah kami macam kambing busuk mengikut grup mereka ni meredah hutan kelapa sawit dan meranduk air sungai dan, tempat ini sangat kaya dengan pacat-pacat yang kelaparan.. :D

Perjalanan dimulakan dgn bacaan doa oleh Judin Trekkerz..dan kamipun bergerak menuju ke arah air terjun yg dicari-cari.
hutan kelapa sawit..kalau ada 4x4 boleh jimat 1jam perjalanan katanya..

ada dua titi kayu yang perlu dilalui sebelum nampak satu batu besar utk jln short-cut..hehe

air yg bersih


jalan 'pergi' adalah lebih mengelirukan daripada jalan 'balik'.

terjah kak, jgn tak terjah! :)

tempat lapang ni rasanya port lori2 yang angkut buah kelapa sawit lepak

(foto ihsan Azua Trekkerz)
kami berhenti di papan tanda yg menunjukkan "Hutan Simpan Kekal Behrang"..dan bermulalah river trekking :)
grup foto!!

agak mencabar..air deras, batu licin!!!



tapi air yg superb!  :)

dua org yg jugak superb!! :p

air terjun yg superb-duperb!! 

rakan-rakan lain yg boleh tahan jugak superb! :)

manusia paling macho!

ni tak nampak besar sgt.. tengok pic seterusnya...
betapa kecilnya kitorang... (Foto ikhsan Judin Trekkerz)

operasi makan-makan sambil cari pacat


bukti pacat
grup foto again (Foto ihsan Judin Trekkerz)
kesejukan (Foto ihsan Judin Trekkerz)
lama jugaklah kami berehat-rehat dan memandikan diri..sangat puas tengok air terjun secantik Strata Waterfall. 

rupanya, sekembalinya aku daripada tanah Behrang, dan semantelah aku buat kajian..Strata Waterfall merupakan salah satu daripada air terjun yg agak sukar aksesnya. no wonder kami trekking pergi saja hampir 3jam. tapi syukur balik jumpa short-cut dan berjaya memendekkan jarak selama sejam setengah. =)  

pengalaman yg cukup berharga..disamping dapat berkenalan dgn rakan outdoor yang baru!!

p/s: OVERALL sangat suka! cuma geram jadi mangsa gigitan pacat yg SANGAT banyak, dan batu-batuan yg licin lagi gayat.sekian.

*mahu ulang lagi kalau berkesempatan

Wednesday, November 9, 2011

#16) Gunung Datuk, 18hb Sept 2011

salam..

untuk yang membaca, mesti korang rasa aku ni sangatlah lembap lambat mengupdate aktiviti-aktiviti luar pintu yang aku gila-gilakan nih.. hmm...sebenarnya takda rezen pun.. nak kata aku takda masa, tipu. nak kata aku malas, tipu. alaa...takpela, abaikan ajaa..aku pun bukan nak jadi reporter pun, kene up-to-date sokmo. hanya sekadar catatan peribadi atas pengalaman-pengalaman yg aku lalui. :)

motif aku cakap cenggini? saje.. nak warm-up katenye.. :p

okeh, lets get to the point.

rupanya Hutan Lipur Gunung Datuk ni dekat je dgn Simpang Ampat, Melaka. agak-agak bosan dok kat kampung, boleh je ke sini len kali.. =)
entrance

cerita Gunung Datuk, yang kononnya dulu-dulu jadi tempat pertemuan Ketua-Ketua Adat di N9. 

maksudnya...urmm..wallahualam.. tak amik kursus!
Kami sampai elok-elok aje matahari mula memancarkan cahaya. dan line-up kali ni, hanya kami berempat (aku, Cik Tree, In dan Lin). Malas nak warm-up lebih-lebih, terus aja kami shoot mendaki.
tau-tau aja lagi 300meter perjalanan. chewaahhh... sebenarnya taklah sesukar mana buat aku yg dah lama tak shoot pacak. walaupun pendakian yg pendek, kecerunan muka bumi boleh tahan gak laa.. dalam 70'.. semput sikit la.. hehe.
dan...SAMPAI!!! hehe..dalam 1jam45min pendakian. seronok!!
okeh, tak mahu pandang bawah!! gayat!
hati-hati, tangga ni besi padu. jadinya di waktu tengahari, sangatlah panas. mau terbakar kulit tapak tangan ni rasanya.. :p

oh yeahhh... batu cantik!
ohh yeahhh...jumpe SUPARMAN warm up.. :p 

view 360'..boleh nampak Selat Melaka kalau cuaca baik!

sgt berbaloi sbb nampak neighboring hills and mountains
Grup Foto: SUKSESSS!!
alhamdulillah, pendakian yg singkat tapi berbaloi. kami ambil masa turun dalam 50minit aja. =)

EXPENSES
Bayaran masuk: RM5 shj.

p/s: trip kali ni telah menemukan kami dengan geng-geng TREKKERZ.. lalupun menjadi kawan, sehinggalah hari ni..hikhik..

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...