ini adalah journey yang kedua dipilih agak jauh dan lama sedikit disebabkan waktu ni aku baru sahaja menghabiskan zaman LLB aku..
tak banyak keluar peluh, tapi bagi aku adventure yg sgt best kerana inilah first time aku backpack travel.. (yerpp, memang gedikss..)
actually, tak payah pergi jauh-jauh, kat Semenanjung Malaysia ni banyak sangat tempat yang menarik.. dan lokasi yang paling strategik untuk beginner macam aku ni, mestilah Langkawi.. =)
kami travel by train (to save cost and to get the 'feel' being tourist).. just after my bestie wedding di Kuantan.
seronok sangat.. tapi sejuknye komainn lagi... *-*
sampai je di Kuala Kedah, aku berkeras nak naik bas..almaklumlaa, kalau di KL ni, dah tak ada peluang nak naik bas lagi dah.. (ceit padahal, malas nak berebut-rebut..hehe) Aku ni, kalau dah kat tempat orang, agak jakun sikit..so, agak-agak sakit mata tengok fotogediks aku, abaikan je laa eh..
setelah sampai dan rehat, kami mulakan journey kami dengan mendaki Hutan Lipur Telaga Tujuh.. boleh tahan mencabar gak, sebab tak cukup training.. ntah berapa ratus anak tangga yang kami daki dalam hujan..
seterusnya, kami menuju ke Tanjung Rhu.. pemandangan yang sangat cantik sepanjang perjalanan.. dek kerana nak lebih thrill, kami membonceng sebuah skuter.. silalah cuba pengalaman ini ye kawan-kawan..memang heaven!
sampai saja di Tanjung Rhu, kami terus book untuk explore gua-gua, eagle feeding, island hopping.. tersangatlah teruja! one advise, sila pergi direct ke kaunter untuk mendapatkan pricing yang menarik.. sebabnya, sebelum ni kami booking online dan harganya 2-3 kali lebih mahal..(nasib baik boleh kensel..erkk)
dan, tak lupa untuk menziarahi makam Mahsuri.. al-Fatihah..
kesimpulannya, percutian yang sangat menyeronokkan!
hadiah yang paling best untuk diri aku sendiri sempena tamat belajar! yeayyy!!!
(p/s: insyaAllah, will come again to visit Beras Terbakar as didnt have enough time to do the last time..siapa kata Langkawi tu hanya untuk shopping sangat salah ok!)
for more info, please visit:-
No comments:
Post a Comment