Friday, August 13, 2010

my first Ramadhan, 2010

syukur Alhamdulillah...aku sempat lagi ber-Ramadhan kali ni..smoga aku menjadi insan yg lebih baik....setiap kali itu yg aku doakan..

Alhamdulillah..pagi Ramadhan kali ini, hati aku agak tenang.

1. tidur yang cukup.
2. sempat sahur dengan horlicks n pau yg bonda buat (atau panaskan..sbb pau segera..huhu~)

even, Isnin lepas aku ada kena mrh ngn Tokey Kedai (katanya, dont make decision in rush..esp last minute!), hari Selasa aku kerja luar..tapi, hari ni,(Rabu) aku datang kerja dgn semangat yg sangatt positif!

tengahari, aku mula dengar cerita yg xsedap di dengar..tercemar telingaku di hari-hari yang baik mcm ni..sesekali, tergelincir bibirku mengatakan sesuatu yang telahpun, mengurangkan pahalaku..

Astagafirullah...kenapalah manusia ni penuh dengan hasad dengki..simpati yang tak berbelah bahagi aku terhadap Sabar (bukan nama sebenar, digelar sedemikian kerana aku kagum akan kesabaran yang dimilikinya..)..aku hanya mampu mengurut kepala memandang PC..xsanggup aku melihat drama realiti dihadapan mata..kenapa perlu kau tahan Sabar, sudahlah miliknya tidak kau pulangkan, hak kau sudah kau peroleh, kau biarkan Sabar menagih apa yang sememangnya menjadi haknya...di mana keadilan?

Polis dihubungi, kononnya ada pencuri,...siapa pencuri sebenarnya?

alahai...aku tak sanggup melihat Sabar..hati ni memberontak! aku mengutuk diriku sendiri kerna tak mampu berbuat apa-apa..aku hanya berani untuk mengerdilkan diri dan membenci apa yang berlaku..aku mengutuk diriku lagi..lebih lantang dari suara kau yang menjerit tak tentu pasal tu. merah padam muka Sabar cuba menahan amarah..atau malu..aku tak tahu yang mana satu...memang dia salah..tapi itu bukan cara menyelesaikan masalah..

aku lihat Sabar mendail suatu nombor di telefon bimbitnya.. "ayah, ayah kat mana sekarang? ayah kerja? x apalah..." wajah Sabar makin suram..dan aku masih tak mampu berkata apa-apa..

lalu sabar memulakan bicara.."macam inilah..i pun xnk susah-susah...i bukan orang senang macam u..i orang susah..u amik dokumen kat motor i.."

lalu kau dengan senyuman kemenangan membuka padlock dan menyuruh yang lain turun mengambil dokumen itu..sebelum Sabar pulang, kau katakan haknya akan kau berikan Jumaat..

dia pulang..sekali lagi, sebelum pulang dia berkata.."i orang miskin..tak mampu nak bayar lawyer kalau i kena tahan polis..."..lalu dia berlalu pergi..

kedai sunyi sampai petang..

5minit sebelum berbuka puasa, 1 Ramadhan, hari yang sama..
"Sabar, aku minta maaf sbb xmampu buat apa-apa..sabarlah.."
"takpe..aku x salahkan sapa-sapa..sedangkan Nabi Muhammad diuji dengan lebih teruk, baginda masih lagi bersabar.."

***********************************
13/8/2010 (Jumaat) - Ramadhan ke-3

hak Sabar masih tergantung...
Tokey: "i will not pay him"

No comments:

Post a Comment

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...