Sejak kecil lagi, kami dibelai-belai..ditatang bagai minyak yang penuh..tatkala orang lain mempersoalkan betapa zaman kecil mereka terabai dek kesibukan ibu bapa memenuhi keperluan anak-anak, aku bersyukur...(dan aku rasa kakak aku yang dua orang tu pun setuju sangat-sangat =p)
walau rumah kami tak besar;
ia tetap dapat melindungi dari panas dan hujan..
walau pernah makan di TGI Friday's atau The Ship;
tak kira apa jenis lauk, masakan rumah tetap No.1..
walau sekarang kami boleh memacu kenderaan sendiri;
pengalaman kena kepit pintu bas dan sakit kepala tidur dalam bas ekspress takkan pernah dilupa;
walau kami semua terpaksa menanggung beban hutang PTPTN;
kami semua berjaya mendapatkan ijazah di bidang masing-masing..
walau kami semua belajar di IPTA tempatan;
kami seronok dapat membuat bonda tersenyum bangga..
walau kami semua tak banyak bicara;
kami masih menghormati antara satu sama lain..
walau kami membesar hanya dengan bonda;
rumah kami tetap ceria, makan kami tak pernah kurang, kasih sayang tak pernah hilang..
bonda pun boleh jadi electrician, mekanik, cikgu, carpenter, chef, kaunselor..
bonda kami multi-tasker..
jadi, tak salahlah sempena Hari Ayah ini, aku tujukan khas buat bonda yang tengah layan cucu-cucunya di ruang tamu tu.. sebab, bonda bukan setakat ibu, ayah, cikgu, kaunselor, chef, mekanik, carpenter mahupun electrician.. bonda adalah segalanya, dan segalanya adalah bonda! terima kasih bonda!
oh ya, Selamat Hari Ayah; BONDA!
No comments:
Post a Comment