Friday, April 16, 2010

Final lap~

its early..still 3.46 a.m..and this will be the last day of LLB..

inilah moment yang aku tggu2 selama 1 thn..

bonda, akhirnya aku berjaya menghabiskan perjalanan yang begitu mencabar ini..!
bonda, sekiranya kau tahu...betapa banyak air mata yang telah tumpah...
kiranya kau ngerti betapa peluh dan debaran dada itu menjadi satu permainan sepanjang aku di sini..
andai kau boleh lihat betapa aku menjadi kurus kerana masa yang terlalu cemburuiku..
betapa aku menjadi gemuk sekelip mata dek makanan2 segera..
hidup menjadi terlalu pantas..
terlalu segera..
terlalu....

bonda, aku juga mau kau tahu..
di sini, aku kenal siapa kawan siapa lawan..
betapa aku rindu pada seorang sahabat
yang sudah tiada kerna Tuhan lebih menyayanginya..
betapa di sini aku jumpa sahabat-sahabat yang baru
betapa mereka sering membuatku tersenyum
ketawa tanpa membezakan usia
bersengkang mata bersama-sama
memintal benang impian harapan di masa hadapan.

bonda...
aku tak tahu kenapa aku perlu emosi..
setahun yang lepas, aku tak pernah kenal langsung LLB
subjeknya..lecturer-nya..pelajar-pelajarnya..

betapa setahun yang lepas
aku nekad melangkah ke sini tanpa sesiapa di sisiku

bonda,
kiranya kini aku melangkah buat kali yang terakhir
di mana aku lihat...

cik Frederina, masih seperti hari pertama
tak pernah berenggang dengan handphone-nya
manja dan keras kepala.. aku pasti kan rindu pada gadis ini.

cik Minto..tak pernah lekang dengan senyuman di bibir
lembut, penyayang, sensitif..cik Minto yg aku kenal
selagi terdaya, Cik Minto akan tolong!
dialah white queen..sentiasa disayangi.

Bonda..
kau perlu kenal Cik Jija..dengan gaya yang tersendiri
dia tak peduli cakap-cakap belakang..
betapa jeritannya sering memecahkan gegendang telinga kami..
cik jija...cik jija...

encik SP..sentiasa concern dengan anak buahnya
tidak memaksa..bukanlah orang yang aku suka setiap masa
malas, cranky, pengotor..hishh
tapi aku hormati cara dan gayanya..
bonda, dialah antara insan yang boleh pergi jauh.

bonda..ramai lagi yang telah menyentuh hatiku..
Rza yang sabar dengan karenah anak bonda ni, Cik Syu yang cantik, Cik Hani yang pandai, Fai yang slalu lambat, Dba dengan ol town white coffee-nya.. setiap warga LLB 2c..

Cik La yang sentiasa menyokong aku..
dari zaman BLS sampaila LLB
mengenali dan menyayangi aku seadanya

Cik Ya yang jauh tapi dekat di hati
degil, keras kepala, tapi kuat semangat

Cik Tree..menjadi penyokong aku yang paling kuat
sering menjadi mangsa perangai selfish-ku
meyakinkan aku tika aku kejatuhan
berada di sisi tika suka dan duka


terima kasih
terima kasih
terima kasih

aku syang kalian..kalian mewarna-warnikan LLB ku..
mendewasakan aku dengan cara yang tersendiri..

bonda, saat aku kembali kepangkuanmu
aku harap, aku telah dewasa dan takkan mengecewakanmu lagi.

6 comments:

  1. babe!i almost cried when i read dis post!
    thanx for everything.if only i got 2 know u earlier.menyesal sgt xrapat ngan korang awal2.
    Seriously ull be 1 of da person ill keep in my heart wherever ill go.

    Love

    ReplyDelete
  2. yunk..i cried when i wrote this..
    see how you guys had touch my feminin side =)..

    ReplyDelete
  3. terharu yg teramat sgt bila min baca post nie..menitis air mataku..

    cha, cha adalah sahabat min yg min takkan lupa smpi bila2..

    min tak sangka yg min yg xde kakak tetiba dpt 2 org kakak yg gila2 n nakal nie..yg telah mengajar min untuk menjadi diri min yg sebenar dlm apa jua keadaan dan sentiasa membuat min ketawa disebalik kegilaan LLB.

    min btul2 akan rindu kakak cha cha cha ku ini.. =)

    ReplyDelete
  4. cha..

    min terharu sgt mbaca post nie..menitis airmataku...

    honestly..
    min tak sangka min akan dapat sahabat2 bru di LLB nie.
    min x sangka min akan dpt kakak-kakak jugak di LLB nie.
    min tak sangka disebalik kegilaan LLB nie..cha,fred,ziza,syu,nabil,hani,reza n fai adalah org2 yg ku cari untuk mendapatkn ketenangan dan kegembiraan =)

    byk min blaja dr cha sebagai seorang kawan, seorang kakak dan seorang manusia.

    u r a wonderful person..n i will never forget u. =)

    ReplyDelete
  5. Pertemuan yg amat singkat ini cukup untuk mengenali rakan sepejuanganku dalam mengharungi LLB Hons ni.

    Semoga selepas ini kalau dah bosan duduk buat legal files, i'd be happy to offer u to be my PA. huhu.

    ReplyDelete

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...