Wednesday, June 15, 2016

Meeting needs (mengepam susu di bulan puasa)

For those who are weak at heart.. please skip this post. Don't say i didn't warn u.

This is my post on being as natural human mom can be. 

Memang ada kerisauan di bulan puasa akan kuantiti susu yang mampu dihasilkan badan. Tapi, aku syukur sangat-sangat sebab kali ni penyusuan anak dipermudahkan olehNya.

Secara purata, badan aku mampu hasilkan 12-16 oz susu untuk 2 kali pam di tempat kerja di bulan puasa...Alhamdulillah sangat. Aku bukan nak masuk pertandingan susu siapa paling banyak pun... sentiasa yakin rezeki Allah bagi untuk anak.. tak kisahlah banyak mana pun.

Yang penting... kena jadikan habit.. sebab konsepnya, "where there's a demand, there will be a supply". Oleh itu, walaupun berpuasa, aku gagahkan jugak mengepam susu.

InsyaAllah... oleh itu, wajiblah jaga makan. Antara amalan pemakanan yang boleh membantu (yang aku amalkan lah):

kurma, jus kurma, susu kambing MOMMA, ulam pegaga, oat, tempeh dan banyak air kosong.

contohnya, pagi masa bersahur, selain makan nasi aku akan ambil 2-3 gelas air kosong, 1 gelas jus kurma, 1 gelas susu kambing MOMMA. oh ye, sebelum makan nasi, aku pastikan akan ambil 2 kapsul pil habbatussauda.

masa berbuka, kurma 2-3 biji, 1 gelas jus kurma, nasi, kuih-muih, dan bergelas-gelas air kosong sampailah masa tidur.

Alhamdulillah, sepanjang dah nak masuk 2 minggu puasa ni, badan tak lah merengek mintak buka puasa. tahap lapar dan kepenatan tu terkawal. macam orang lain yang berpuasa.

hasil tuaian hari ni.. susu still pekat.. alhamdulillah

susu kambing perisa coklat kegemaran saya
buat ibu-ibu yang kat luar tu, jangan give up k. menyusukan anak adalah pengalaman yang sangat indah. worries takes you nowhere. just enjoy the journey. :)

p/s: sape-sape yang berminat nak try susu MOMMA, roger-roger lah saya.hee~

Tuesday, June 14, 2016

Legal fratenity

Dia 7-5-1992
Aku 20-5-2011

Dia patah berbicara
Aku pendengar yang setia

Dia punya nama di pintu
Aku hanya nama di atas kertas

Mendengarnya, buat aku terkasima
Mendengarnya, buat aku mahu menjadi dia

Kali pertama berperasaan begini

*senyum*

Rupanya, rasa mahu itu masih ada

if this is how older and wiser sounds like
i couldn't wait.

Syurga nan jauh

Cerita cinta kita.. tidaklah sehebat laila dan majnun.
Cerita cinta kita.. bermula selepas aku terima nikahnya.
Cerita cinta kita.. berpaksikan atas rasa redha.
Kau redha akan aku. Aku redha akan kamu.
Warna warni..yang hanya jelas di mata kita.
Semoga Tuhan kurniakan syurga terindah buatmu, sang suami.
semoga Tuhan kasihankan aku, dan letakkan aku disebelahmu.

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...