Monday, August 24, 2015

dulu dan sekarang

dulu
cari ketenangan, masuk hutan
cari semangat, masuk larian
cari Tuhan, panjat gunung

sekarang
semua ada depan mata
Nur Hanania Binti Khairul Najib
pada empunya nama
pada empunya benihnya

seloka suami, isteri dan si milah

tiap-tiap hari kau pergi kerja bawa bekal
kekadang nasi goreng, kekadang roti benjo
isteri kau yang masakkan
sedap.. walaupun sedikit pedas
tak lupa kau puji isteri setiap hari

satu hari kawanmu bawa bekal nasi lemak lauk sotong
beli di gerai Pak Samat
dijual oleh Milah anak daranya si Pak Samat
murah senyuman, cukup manis orangnya
naluri lelakimu bergetar

esoknya,
bangun pagi kau terus katakan pada isteri
"yang, tak perlu masak hari ini. Abang makan luar"
isterimu termangu, nasi telahpun sedia digoreng
rutin harian bangun pukul 5 pagi
memasak untuk keluarga
tak pernah diremehkan

hari itu,
sang isteri kalah pada nasi lemak lauk sotong si Milah
anak daranya Pak Samat

hari itu,
senyum si Milah melebar-lebar



Sunday, August 16, 2015

Awet muda

Semenjak ber-anak, jadual hidup berubah. Jadual tidur juga.

Dulu, pukul 1 atau 2 pagi adalah waktu terbaik untuk sorong selimut.

Sekarang, pukul 9 selewat-lewatnya 10malam sudah lena dalam pelukan selimut bersama anakanda tercinta.

Mungkin selepas ini kedut penuaan makin berkurang.

Friday, August 7, 2015

the words

Have you watch this movie?

i've watch it just a few minutes ago. and the feeling is so strong.

you should've watch it to.

yes.

you.



An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...