Friday, July 24, 2015

Insidious 3

pernah tak masa kau duduk kat meja ofis
muka tengah khusyuk tengok laptop
konon konsentret keje,
padahal tengok Insidious 3
tetibe secara spontan ko menjerit
terkejut
hantu tu tendang minah tu


pastu officemate ko datang tengok ko tak apa-apa

sebab diaorang pun terkejut ko menjerit tiba-tiba




tak ke sengal.


ko nak cover macam mana?

Sunday, July 19, 2015

bosan

Sesungguhnya, rasa bosan itu umpama soldadu di barisan paling depan yang baru sahaja disuntik kata-kata semangat daripada komandernya..

Sangat berbahaya.

Monday, July 13, 2015

ada

Ada orang yang kita sengaja berjauhan
kerana masih adanya harapan

Ada orang yang kita sengaja bingitkan
kerana rindu itu tak pernah ada nokhtah

Ada orang yang sengaja menjauh
kerana jauh itu lebih dekat

Ada perkara yang terlampau bingit
semakin bingit tatkala diam


*eh, demam apa sampai banyak pulak entri harini?

dan.. katak itu pun mati!

semalam anak aku menangis. tak nak tidur. aku pulak dah letih. oh, ini tak boleh jadi. lalu aku pun berlagu..cuba mendodoikan dia.

kodok ngorok
rukutuk rukutuk
di pinggir kali
rikitik rikitik
dia jatuh
rukutuk rukutuk
lalu mati
rikitik rikitik

there was a frog
rukutuk rukutuk
by the river side
rikitik rikitik
he had a fall
rukutuk rukutuk
thats how he died
rikitik rikitik

anak aku pandang tepat ke arahku. dengan mata bulatnya. macam mahu telan aku hidup-hidup.

lalu menangis dengan lebih kuat.

bila berangan.. biar beriya

goyang-goyang kepala
ke kiri ke kanan
goyang-goyang kaki
hayun dan lompat-lompat
bajet gerakan paling seksi
buntut meliang liuk
bagai ular dipalu-palu

dengan cahaya samar-samar dari lampu jalan raya
kau rangkul jemari temanmu

alunan muzik kuat dan rancak
kau lupa kau dimana

"ring ring!!" bunyi telefon

kau memandang telefonmu
'caller id: boss'

aaahh.. sudah, getus hati kecilmu.

serta merta kau tuju ke radio
dan matikan ia
lalu kau hidupkan lampu ruang itu

"sorry guys, party's paused. boss aku kol."

baru kau sedar, kau sebenarnya sebenarnya bukanlah di mana-mana
hanya di bilik busukmu

seorang-seorang.

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...