Wednesday, April 16, 2014

Anda tentukan siapa anak anda pada masa depan....

Jika anak anda hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain;
Jika anak anda hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain;
Jika anak anda hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut;
Jika anak anda hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah;
Jika anak anda hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar;
Jika anak anda hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin;


Jika anak anda hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai;
Jika anak anda hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri;
Jika anak anda hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran;
Jika anak anda hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil;
Jika anak anda hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain;
Jika anak anda hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.
 
Anda tentukan siapa anak anda pada masa depan....
 
 
 
p/s: 3 orang anak buah dalam dua minggu.. kihkihkih...
 
 

Friday, April 4, 2014

#1) puisi dari mummy

jangan terlalu memandang tinggi pada manusia,
pandanglah pada penciptanya.
jangan terlalu mengharap pada manusia,
mengharaplah pada yang maha Esa.
jangan terlalu merintih pada yang telah tiada,
rintihlah pada yang tiada dua.

selalu mengeluh tapi
tak kena pada tempatnya
selalu mengaduh
tapi hingar di kota neraka
selalu bersyukur
tapi hilang di keseronokan dunia

bukan manusia
kalau bukan pelupa
bukan Adam
jika nafsunya tidak menggelegak untuk mencuba
bukan Hawa
jika sifatnya tidak suka menggoda

dunia ini kecil
sejauh mana kau berlari
tetap kan dijumpai

dunia ini indah
tapi kalau kau katup matamu
kau hanya kan nampak yang palsu

wahai anak
kau belum mengerti
tapi
kau kan fahami

aku takkan sentiasa di sebelahmu
walid takkan sering menegurmu

tapi ingatlah
kita sentiasa satu.

Wednesday, April 2, 2014

bila diuji

kadang-kadang tu, di suatu tahap bila air mata pun tak dapat membasuh tompok-tompok hitam di hati, kau basahkanlah bibirmu dengan ayat-ayat Tuhanmu. cinta dan kasih Nya padamu, takkan pernah luput hanya kerana kau seorang pendosa.

An answered prayers

Good morning, husband All those morning feels incomplete If you weren't by my side I'm watching you sleep, stroking your eyebrows an...