Salam.. :)
Isn't it a lovely day? So, here i am telling you the journey that inspires me a lot! Physically and mentally. oh, dalam tak sedar sudah 2 bulan aku peram post nih.
Training? Umm... tak silap aku kali ni kami tak pun beriya-iya pergi training. bukan dah rasa hebat, cuma tak ada kelapangan. pulak tu masa tu aku baru aja heal dari masa-masa gelap. pun sebenarnya, aku tak sure nak pergi in the first place.
Tapi, atas keyakinan dan galakan daripada sekelian teman-teman yg tersayang, aku gagahkan jugak pergi.. dengan satu tujuan : mahu mendidik mental menjadi lebih kuat.
Flight Air Asia dari LCCT pukul 9.30am. Sampai ke Kota Kinabalu dah panas tengahari terik dalam 12.00++. Masing-masing tak dapat sembunyikan rasa teruja. Especially my cuzzy, In. Senyum sampai ke telinga! hehe :)
![]() |
Jalan-jalan cari pasai! |
Different from the first time i went, this time we took Mersilau Trail. It is actually 2km more than Timpohon Trail. Being able to experience both trails, for me Mersilau is more fun and relaxing compared to Timpohon. View pun lebih menarik!
![]() |
Grup-foto before memulakan perjalanan |
![]() |
ni cam-whoring ke, butt-whoring nih? guess whose who! huhu ;p |
![]() |
Briefing by our guide.. Sgt sporting ini orang! |
![]() |
Mersilau Trail Map |
8.35 am kami bersiap-siap untuk bertolak. Dan sesudah final briefing dari guide, dalam pukul 8.50am kami memulakan pendakian kami. Alhamdulillah semua dalam kondisi yang baik semasa perjalanan bermula.
![]() |
Mendengar briefing sambil malu-malu...erk, malu ke? |
Eh apa kes, tak sampai 10 minit perjalanan dah semput aku nih. Tak boleh jadi nih. Nasib baik dah set dalam kepala untuk taknak rush. Aku n Cik Tree sepakat untuk go-slow all the way to the top. Tak perlu nak push-push, takkan lari gunung dikejar.. hehe!
![]() |
First Pitt-Stop.. Pondok Schima |
Sesudah sampai ke first pitt-stop, barulah dapat step n level of energy yang diperlukan. da lama sangat tak warm-up nih! Perjalanan selepas tu adalah lebih mudah. Syukur, alhamdulillah.
![]() |
Grup Foto lagi... pasni semua dah berpecah ikut kelajuan dan kemampuan masing-masing |
Abg Man K, Kak Elle n Abg Man meneruskan dulu pendakian setelah puas berehat di Pondok Schima. Diikuti In, Cik Mee n Cik Ya. Aku n Cik Tree memilih untuk jalan di belakang. Ala-ala sweeper gituh!
![]() |
Porter yang hebat! |
Di pertengahan perjalanan, hujan mula turun. mujur tak lebat macam kali pertama pergi dulu. Dalam kesejukan, perjalanan tetap diteruskan.
Oh, waktu tu, ada jugak benda yg halo-halo aku dan Cik Tree.. almaklumlah berjalan yg dibelakang sekali. Tapi, aku ngn cik Tree malas nak layan. sengih dan layankan aja. Laluan Mersilau adalah lebih jarang dilalui nak dibandingkan dengan Timpohon. Sebab tu la agak bermisteri kot. Entah.. dah rezeki kami la agaknya.
Hujan dan kebasahan |
Kami kemudian bersatu dengan grup di depan kami. Cik Ya n Cik Mee kelihatan kepenatan. In pulak setia menemankan mereka berdua. Sembang-sembang tak sedar rupanya lagi 2km ke Laban Rata. Hujan tak berhenti mencurah.
![]() |
2km to Laban Rata!! |
![]() |
Rehat sat, refill tenaga |
Cantik, berkabus, sejuk.. alhamdulillah berkesempatan lagi ke sini buat kali ke-dua. Syukur ya Tuhan.. :) Aku masih lagi maintain semangat membara dan berkobar-kobar.. walau langkah perlahan tetap tak mahu mengalah.
![]() |
Langkah-langkah terakhir |
Cik Tree tak putus-putus memberikan senyuman. Kali ini seronok sangat sebab emosi aku n Cik Tree stabil. so, no unnecessary provocation in encountered! huahuahuaaa....
![]() |
Sejukk! |
Tepat pukul 5.40pm aku pun sampai di Laban Rata. Menyengih nampak semua anak gigi. The only setback for me is the cold wheather. Menggigil-gigil dan hampir pitam sebab terlampau sejuk. Thats why tak boleh stop jalan. Sorry Cik Ya, tak dapat teman yu kat belakang nuh..
Sampai aja, nampak Abg Man, kak Elle and Abg Man K tersadai kekenyangan.. seperti biasa, mknn yg disediakan tidak mengecewakan. sedapp! Tanpa berlengah, aku n Cik Tree terus bermandi-manda di toilet dengan air sejuk dah tahap peti ais.. perghh... tapi dok fikir kalau tak mandi sekarang, bila lagi nk mandi kalau badan dah penat, redah jee.. beku pun beku laaa...
![]() |
Laban Rata Resthouse.. kita makan dulu!! |
Sesudah makan dah rehat ala kadar, kami semua ke sarang masing-masing untuk merehatkan badan. Malangnya, malam tu aku n Cik Mee demam. Cik Tree pulak sakit belakang. Cik Ya...urmmmm...sakit "m" kott..:p
Lebih kurang pukul 9mlm baru dapat lelapkan mata. Pukul 12 masing-masing dah gegar bangun. Tak dapeklah nk mndi time ni kann... sojuk gila!!
Melihatkan kondisi kesihatan line-up yg tak berapa mengizinkan, hanya 5 org yg bersedia meneruskan perjalanan ke puncak Kinabalu. Aku, tak mahu turutkan demam. kali ini, misi harus diteruskan!
Sudahnya hanya Aku, In, Abg Man, Abg Man K n Kak Elle aja yang sanggup menempuhi kepekatan mlm yang sejuk ke tulang hitam tuh.
![]() |
masing-masing muka sembab |
![]() |
foto terakhir sebelum bergerak ke puncak |
Kami adalah grup pertama yang memulakan perjalanan ke puncak malam tu, lebih kurang pukul 1.15am. Senyap sunyi sangat!
![]() |
Opening ceremony |
Yang bestnya kali ni, guide kami sgt best. Langkahnya aku ikut satu-persatu. hilang rasa gayat. sebab fikir tak mahu susahkan sesiapa.
![]() |
Gelap! |
Tapi, bila fikir2 balik, memang gayat.. kuikuikui..
![]() |
Sereyes gayat! |
Lebih kurang sejam lebih berjalan di tebing gaung, sampailah di Sayat-Sayat. Dulunya, aku kalah di sini. teringat memori layan sunrise dgn Kak D n Cik Tree...hmmm....
![]() |
Sayat-sayat.. kita jumpa lagi! |
Perjalanan dari Sayat-Sayat ke Low's Peak sememangnya tidaklah seteruk mana. Tapi, pada aku its a never ending trail. Gelap. Sejuk. Kosong. Tiba-tiba aku rasa down bila jalan punya lama masih tak sampai-sampai lagi. Maka, tertumpah juga air mata. terus aku pegang erat In, nak kongsi rasa sebak yang makin menjalar sambil mengharap sokongan.
Kesian, In pun aku tengok waktu tu sedang down tapi cuba mengontrol keadaan. "Sikit je lagi Kak Nis"..katanya. Iras muka penuh kerisauan.
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 5am kami tiba di puncak. Sekali lagi air mata aku mengalir... sob sob sob... terharu beb! puncak tertinggi di Asia Tenggara berjaya di tawan!!
![]() |
Akhirnya!!! |
![]() |
the last 5 standing! |
![]() |
Magnificient View |
![]() |
Berbaloi air mata aku! |
![]() |
Atas batu atas awan |
![]() |
RM1.00 |
![]() |
My saviour |
Kami turun melalui Timpohon Trail.. Masa ni kaki dah mula rasa sengal-sengal. Pastu asyik rasa ada benda follow-mollow. Cik Tree malas layan. Aku seram sejuk. Alhamdulillah, takda apa-apa berlaku.
![]() |
grup foto...lagi |
Satu pengajaran aku nk kongsi bersama.. jgn give up! jgn give up! jgn give up! rezeki tu akan datang tak kira lambat atau cepat. Walaupun pergi kali pertama aku tak sampai ke puncak, kali ini i made it!
So, jgn berhenti melangkah. kita tak tahu apa yang ada kat depan. melangkah aja selagi ada jalan ok!
![]() |
Alhamdulillah selamat sampai :) |
P/s: sebenarnya, bersusah payah siapkan post ini sebab ada in coming project insyaAllah Jumaat ni.. doakan aku selamat pergi n balik k. Salam. :)